Klu korg mo tau KELUPIS ni adalah antara makanan wajib yg mesti ada setiap kali hari raya mahupun kenduri kahwin di Labuan.. Bagi kawan2 yg berada di semenanjung atau tempat2 lain tentu ada tidak pernah rasa atau tengok makanan ni kan.. bah maritah ku ajar dikit2 mana yg ku tahu ttg makanan tradisi kami ani.
Bahan2
1kg beras pulut
1 liter santan @1 biji kelapa
1/2 sudu mkn garam (bergantung test korg)
Beberapa helai daun nyirik atau daun pisang
2 helai daun pandan
Cara2nya
Masakkan santan bersama dgn garam dan daun pandan hingga pecah minyak kemudian keluarkan pandan tadi dan masukkan taya beras pulut yg sudah dicuci terlebih dahulu.. sentiasa di kacau2 hingga santan tu diserap oleh beras pulut. Setelah itu, barulah kita ambil sikit2 lebih kurang2 sudu makan pulut tu dan dibungkus dengan daun nyirik tadi hingga habis.. last kukus taya hingga masak.
Kelupis ini biasanya dimakan bersama dgn kuah kacang atau kari... juga enak dimakan begitu sahaja..
Dlm gambar ni kaka buat 3kg pulut dan santan 3.5liter @ 4 biji kelapa.. sengaja letak lebih utk dptkan rasa lemak yg kaw2 punya.. 😄😄
No comments:
Post a Comment