Kadang2 kita teringin juga mo rasa desert yg lain dr yang lain.. Jadi mulalah telek2 d sana-sini kalau2 ada desert yg pelik2 tp enak hehehehe..Hasilnya mmg tidak mengecewakan..rasa enak ada bunyi krup2 lagi hahaha....
Desert ni sebetulnya lama dah dibuat cuma baru hari ni berkesempatan diupload.. cubalah
Bahan2:
Sengkuang Cina/water chestnut (dalam 10biji)
Nangka (ni aku tiada.. kuganti ngan longan)
Tepung ubi/sagu (dalam 1/2 -1 cawan)
Pewarna merah (boleh je nak warna2 lain)
1 pack kecil santan / susu cair
GulaSedikit
garam
Sehelai daun pandan

Caranya:
Sengkuang cina dipotong kiub kecil-kecil.
Kemudian rendamkan sengkuang cina tadi ke dalam bancuhan pewarna merah atau apa2 kaler ko suka.
Biarkan seketika.
Apabila sengkuang cina tadi telah menyerap warna, toskan airnya.
Gaulkan sengkuang cina bersama2 tepung ubi/sagu sehingga rata & rebus dalam air mendidih.
Apabila terapung, sauk sengkuang cina tadi & terus direndam dalam air sejuk.
Dalam periuk berasingan campurkan santan + 100ml air + daun pandan + garam & gula. Masukkan hirisan nangka (klu guna nangkalah) & reneh seketika.
Semasa menghidang, masukkan sengkuang cina tadi ke dalam mangkuk & curahkan santan.
Letakkan beberapa ketulan ais & sedia dinikmati.

#p/s
1. santan boleh diganti dengan sirap ros/sirap pandan @ sekadar susu cair.
2. boleh juga mun kan dimakan bersama coconut milk shake.

No comments:
Post a Comment