Oleh kerana jumlah bunga telang yg aku kutip endalah banyak sgt.. so aku cuma boleh buat Sirap Telang.. Jom sini aku share cara buatnya... Mcm biasalah.. resepi ni juga sgt simple dan senang mo buat.
Bahan yg diperlukan
20 kuntum bunga telang
2 helai daun pandan
1 cawan gula
400ml air
Beberapa biji limau nipis atau kasturi
Cara buat sirap
Mula2 kena buang dulu tangkai bunga telang tu dulu.. Kemudian masukkan bunga telang, gula, pandan dan air dlm periuk dan masak hingga pekat. Siap.
Cara nak minum sirap
Ambik lebih kurang 2 sudu sirap bunga telang dan campurkan dgn air, letak ais (klu suka).. klu mo sedap lagi..perahkan sebiji limau nipis atau kasturi.
No comments:
Post a Comment